Wednesday, August 26, 2009
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sambutan ambang merdeka akan diadakan di dua lokasi utama sambutan itu seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran
Jurucakap Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
berkata, sehingga kini pihaknya tidak mendapat permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang sambutan di sekitar ibu kota.
"Tiada sambutan ambang merdeka seperti konsert, percikan bunga api dan countdown (kiraan detik masa) akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di lokasi utama di Dataran Merdeka seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Petronas berkata, sambutan ambang merdeka bagi
mengira detik 12 tengah malam tidak akan dilakukan di Taman KLCC memandangkan pada malam itu, ia dipenuhi dengan program keagamaan seperti solat tarawih.
"Pihak kami ada mengibarkan bendera Malaysia yang boleh dilihat di dalam dan luar bangunan KLCC bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 ini, selain sebuah papan iklan dengan ''tagline'' 1Warisan 1Matlamat di hadapan bangunan menara berkembar," katanya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,
baru-baru ini mengumumkan lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang
sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ditukar ke
Dataran Parlimen atas sebab yang sama. -Bernama.
Tuesday, August 25, 2009
TYDP MPP UMP DI RTM 1 MALAM INI
Perhatian kepada semua mahasiswa/i UMP, rakaman Suara Siswa yang telah dibuat di Universiti Malaysia Pahang pada MINDS yang lalu akan ditayangkan pada malam ini di RTM 1. Butir-butir adalah seperti berikut:
Tarikh : 25 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 - 10.00 pm
Ahli Panel: Mohd 'Afif Abd Aziz, Timbalan Yang di-Pertua MPP UMP
Ketua Naib Yang di-Pertua UITM
Yang di-Pertua UIA
Tajuk : Periuk Nasi Mahasiswa: Terjamin atau Tiris?
Kepada yang berkesempatan, saksikanlah saudara Mohd 'Afif Abd Aziz di RTM 1 pada malam ini.
Sekian, harap maklum
upsR n pmR
PERSEDIAAN UNTUK ANAK-ANAK YANG MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR & PMR
SCORE A PROGRAMME
Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
BAGAIMANA SCORE A MEMBANTU PELAJAR?
+ Pembelajaran interaktif output learning iaitu pembelajaran menjawab soalan
+ Sistem ranking iaitu perbandingan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia
+ Peluang menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran
+ Kaedah pembelajaran termoden dan menarik minat pelajar
+ Menjimatkan masa
+ Berhubung terus dengan ibubapa melalui sistem e-report card dan sms
KENAPA SCORE A PROGRAM PILIHAN TERBAIK?
- Kertas soalan adalah meliputi silibus sukatan matapelajaran Malaysia
- Telah terbukti dengan kejayaan 90% para pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR
- Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bistari.
- Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
- Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
- Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme!
Usah berlengah lagi...
Capai kecemerlangan akademik ANAK ANDA , pergorbanan anda InsyaAllah berbaloi, sudah ramai pelajar yang BERJAYA..
CALL @ SMS : AZMAN 012-6961908
Monday, August 24, 2009
MAKANAN BERKHASIAT DI BULAN RAMADHAN
Sunday, August 23, 2009
CERAMAH OLEH DATUK PROF. IR. DR. HJ. AHMAD ZAIDEE LAIDIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa, majlis tersebut akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Ogos 2009 (Isnin)
Tempat : Auditorium FKM, UMP Pekan
Tentatif program :
10.00 pagi - 12.00 tengahari : Ceramah bertajuk "Green Technology".
12.00 tengahari - 1.00 petang : Pertunjukan kereta elektrik FKEE.
Pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua warga UMP ke majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.
BAZAR RAMADAN UMP KEMBALI LAGI.......
Dimaklumkan bahawa Bazar Ramadan anjuran Kelab Keusahawanan dengan kerjasama Unit Keusahawanan & Inovasi JHEPA telah mula beroperasi pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadan 1430 bertempat di perkarangan Kolej Kediaman 1.Sebanyak 30 unit gerai beroperasi yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman terdiri daripada peniaga pelajar dan orang luar.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak penganjur amat mengalu -alukan kedatangan semua staf dan pelajar untuk sama- sama memeriahkan lagi Bazar Ramadan ini.Sekiranya ada sebarang cadangan atau komen berkaitan Bazar Ramadan ini bolehlah terus menghubungi kami di talian 09-5492543.