Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

weLCoMe tO tuDuNgSaJiMeRaH

weLCoMe tO tuDuNgSaJiMeRaH
teRKiNi

Sunday, April 5, 2009

jOm!!!

JOM SOLAT BERJEMAAH DI MASJID!!!!!!!!!!

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat. (Hadis riwayat Bukhari)

Sayangkan Kelurga?

Anda sayang keluarga anda.?

Jika anda sayang, apa yang telah anda lakukan kepada keluarga selama ini. Mesti anda jawab. ýbanyak dah yang dilakukaný. Mungkin juga anda cakap, ýsayalah yang paling banyak berkorbaný

Adakah anda rasa cukup segala pengorbanan anda selama ini? Jika ya, saya sarankan anda behenti untuk membacanya.

Masih meneruskan pembacaan.

Maknanya anda sangat sayangkan keluarga. Bagus.

Jika benar anda sayang keluarga, ANDA MESTI MENJAGA KESIHATAN DIRI. Inilah yang sering di abaikan dek kerana terlalu sibuk bekerja sehingga kesihatan terabai.

Mana mungkin anda masih boleh berkorban jika kesihatan terjejas.

JOM!! KAMI BANTU ANDA

RAWATAN KESIHATAN ISLAM

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan

4. Denyutan Nadi

Bila ?

15 April 2009

10 pagi ý 4 petang

A13 KK2, Pusat Siswa Niaga UMP

Dengan diagnosis awal terhadap diri anda, ini mungkin akan dapat menyelamatkan anda daripada bahaya penyakit yang makin pelik saban hari. Anda juga dapat menyelamatkan insan yang anda sayangi atau masyarakat setempat di tempat anda.

JOM DATANG RAMAI-RAMAI

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi, khai 0132003951

Kursus Asas Keusahawanan Siswa

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Asas Keusahawanan Siswa siri ke 8 akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 7 - 13 Mei 2009

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

Penyertaan : 80 pelajar.

Sehubungan dengan itu, kepada mana- mana pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini bolehlah mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di kaunter JHEPA .

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 April 2009 ( Jumaat 0.

Sekian harap maklum

Fasilitator bagi program motivasi diperlukan

Kami dari Inkubator UMP akan mengadakan program khidmat komuniti Universiti Malaysia Pahang anjuran bersama CENFED UMP. Maklumat lanjut mengenai program tersebut seperti berikut: Tajuk : Kursus Motivasi Pelajar Ting. 5 Tarikh: 24 dan 25 April 2009 Tempat : Sek. Men. Pangkal Meleret, Machang Kelantan Kepada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Cik Siti Saleha 014-5267060 / 014-8391994 Sijil disediakan.

Marilah bantu anak-anak yatim di Acheh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Berhubung dengan perkara diatas, pihak jawatankuasa pelajar kolej (JPK) akan mengadakan satu Program Sinar Bersamamu Acheh '09 (PESIBA'09).Program ini akan diadakan pada 12-20jun 2009 di Acheh,Indonesia.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk:

1)membantu anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim MelakaTsunami Acheh, Pondok Anak Yatim Ar Raudhah dan Istanbul Orphanage Complex.

2)Menjalankan khidmat masyarakat bagi membantu masyarakat sekitar yang masih trauma dengan kejadian tsunami yang melanda.

3)Memberikan Khidmat dari segi Akademik,Kaunseling,dan IT kepada anak-anak yatim dan masyarakat sekitar.

Sehuhungan dengan itu,kami ingin meminta kerjasama dari pihak felo dan semua pelajar agar dapat memberikan sedikit sumbangan bagi melancarkan program ini.

Kutipan derma akan dijalankan pada malam ini disetiap rumah ke
rumah.Segala sumbangan anda adalah amat kami hargai.


ý Surah Al Baqarah Ayat 177 : ýBukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan , akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwaý.

ý Untuk renungan kita bersama : Sekiranya kita menyapu / mengusap kepala anak yatim, fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

-Hulurkan tangan,ringankan beban-

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Muhd Hasif Bin Juhari
Bendahari Program PESIBA '09

Malam Gema Aprisiasi 09

3es, kelab yang bernaung di bawah FKEE akan mengadakan satu majlis makan malam istimewa iaitu 'Malam Gema Aprisiasi 09' bersama majlis tertinggi fakulti, kelab 3es dan penerima anugerah dekan sem lepas. Oleh itu, pihak AJK 'Malam Gema Aprisiasi' sedang mencari pelajar FKEE yang berkesempatan dan berminat untuk menyertai majlis ini dan seterusnya memeriahkan lagi suasana 'Malam Gema Aprisiasi'. Butiran berkaitan seperti berikut :

Tarik : 10 April 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Astaka UMP
Bayaran : RM 7 setiap orang

Oleh itu, kepada pelajar FKEE yang berminat, anda dikehendaki membalas memo ini ataupun terus menghubungi saya atau mana-mana AJK yang terlibat dengan kadar yang segera. Sila sertakan butiran diri anda seperti nama, no ID, jurusan, tahun pengajian dan no telefon. Kami pihak AJK menjanjikan pengalaman dan kepuasan yang bermakana sekiranya anda menyertai kami. Kerjasama dari semua pelajar FKEE amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
AJK Publisiti :
Muhamed Syahmi bin Ali - 0176351931
Khairul Azmi bin Mohd Yusoff - 0172951476

kepada yg rase ade bakat???!!

PESTA KONVOý09
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 GAMBANG, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman siswa/i, bahagian Protokol Pesta Konvoý09 (dahulunya Expoconvo) akan mengadakan audition untuk mencari Pengacara Majlis(MC) dan Disk Jockey(DJ) bagi Pesta Konvoý09 dikalangan siswa/i sekalian. Berikut merupakan butiran audition tersebut.

Program : Audition MC & DJ Pesta Konvoý09
Tarikh: 9/4/2009
Masa : 8.30 pm ý 11.00 pm
Tempat: (akan dimaklumkan kemudian)

Untuk yang berminat, sila balas memo ini kepada saya mengikut spesifikasi berikut:

Nama:
Nombor ID:
Nombor telefon:

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya.

Yang menjalankan tugas,

(Mohd Amirul Aiman b Samsuddin)
Jawatankuasa Publisiti
Audition MC & Dj Pesta Konvoý09
(017-2470851)

[SAHAM] PERKHEMAHAN JATI DIRI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Untuk makluman seluruh warga UMP, pihak Sahabat Masjid (SAHAM) dengan kerjasama Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI) akan menganjurkan satu program
Perkhemahan Jati diri Sahabat Masjid ke-7. Berikut adalah maklumat perkhemahan tersebut:

Tarikh : 2-4 Mei 2009

Tempat : Taman Negara Endau Rompin, Rompin , Pahang

Peserta : Terbuka kepada pelajar dan staf UMP (terhad kepada 85 orang sahaja)

Yuran : Rm25.00

Borang penyertaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Sebarang perubahan atau perkembangan mengenai program tersebut akan diberitahu melalui memo. Oleh itu, diharap siswa/i yang berminat untuk menyertai program tersebut agar sentiasa alert dengan memo.

InsyaALLAH, program ini akan dapat membimbing kita menjadi hambaNYA yang lebih taat dan bertaqwa. Sama-samalah kita meluangkan sedikit masa dalam mencari dan menambah ilmu agama untuk kita jadikan sebagai bekalan hidup di sana kelak.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."


Sekian,,wassalam....

INGIN TAHU RAHSIA KEJAYAAN YH MANTAN DATO' NC UMP???

KELAB IN-SMARTIVE
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
PAHANG DARUL MAKMUR
26300 KUANTAN
LEBUHRAYA TUN RAZAK

Salam sejahtera,

SHARING MOMENT WITH OUR EX-VICE CANCELOR UMP

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab In-smartive akan menganjurkan satu slot perkongsian pengalaman daripada Mantan YH Dato' Naib Canselor UMP.

Berikut merupakan butiran program ini :

Tarikh : 10 April 2009 (Jumaat)
Masa : 10.30am - 12.30am
Tempat : Auditorium Perpustakaan UMP
Penceramah : YH Dato' Dr. Mohd Said Bin Mat Lela (Mantan Dato NC UMP)

Maka,kepada mana-mana mahasiswa UMP yang berminat bolehlah membalas memo ini dengan disertakan bersama NAMA PENUH,NO ID dan NO HP. Penyertaan adalah terhad kepada 60 orang pelajar sahaja.

Bayaran adalah PERCUMA!!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!

Law Kok Sin
Timbalan Presiden 1
Kelab In-smartive UMP
0124953865/0148391969

Saturday, April 4, 2009

jom g tgK F1!!!~

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Di sini saya ingin peringatkan kepada pelajar-pelajar FKEE yang terlibat dengan lawatan ke F1,Sepang bagi keesokan hari. Anda semua dikehendaki berkumpul di perhentian bas pada pukul 6.30 pagi dan berpakaian bebas yang kemas dan sopan. Diingatkan juga membawa kad matrik masing-masing. Peringatkan kawan yang mengikuti lawatan ini bersama bagi menyempurnakan lawatan ini tanpa sebarang masalah. Berkaitan dengan tentatif perjalanan, saya akan beritahu pada keesokan hari. Oleh itu, harap semua pelajar yang terlibat dapat memberikan komitmen dalam lawatan ini. Harap dapat hadir dengan awal supaya rancangan perjalanan tidak terjejas.