Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

weLCoMe tO tuDuNgSaJiMeRaH

weLCoMe tO tuDuNgSaJiMeRaH
teRKiNi

Wednesday, August 26, 2009

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sambutan ambang merdeka akan diadakan di dua lokasi utama sambutan itu seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sambutan ambang merdeka akan diadakan di dua lokasi utama sambutan itu seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) bagi menghormati bulan Ramadan selain penularan wabak Influenza A(H1N1) yang semakin meningkat.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

berkata, sehingga kini pihaknya tidak mendapat permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang sambutan di sekitar ibu kota.

"Tiada sambutan ambang merdeka seperti konsert, percikan bunga api dan countdown (kiraan detik masa) akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di lokasi utama di Dataran Merdeka seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Petronas berkata, sambutan ambang merdeka bagi

mengira detik 12 tengah malam tidak akan dilakukan di Taman KLCC memandangkan pada malam itu, ia dipenuhi dengan program keagamaan seperti solat tarawih.

"Pihak kami ada mengibarkan bendera Malaysia yang boleh dilihat di dalam dan luar bangunan KLCC bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 ini, selain sebuah papan iklan dengan ''tagline'' 1Warisan 1Matlamat di hadapan bangunan menara berkembar," katanya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,

baru-baru ini mengumumkan lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang

sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ditukar ke

Dataran Parlimen atas sebab yang sama. -Bernama.

Tuesday, August 25, 2009

TYDP MPP UMP DI RTM 1 MALAM INI


Perhatian kepada semua mahasiswa/i UMP, rakaman Suara Siswa yang telah dibuat di Universiti Malaysia Pahang pada MINDS yang lalu akan ditayangkan pada malam ini di RTM 1. Butir-butir adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Ogos 2009 (Selasa)

Masa : 9.00 - 10.00 pm

Ahli Panel: Mohd 'Afif Abd Aziz, Timbalan Yang di-Pertua MPP UMP

Ketua Naib Yang di-Pertua UITM

Yang di-Pertua UIA

Tajuk : Periuk Nasi Mahasiswa: Terjamin atau Tiris?

Kepada yang berkesempatan, saksikanlah saudara Mohd 'Afif Abd Aziz di RTM 1 pada malam ini.

Sekian, harap maklum

upsR n pmR

PERSEDIAAN UNTUK ANAK-ANAK YANG MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR & PMR

SCORE A PROGRAMME

Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

BAGAIMANA SCORE A MEMBANTU PELAJAR?

+ Pembelajaran interaktif output learning iaitu pembelajaran menjawab soalan
+ Sistem ranking iaitu perbandingan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia
+ Peluang menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran
+ Kaedah pembelajaran termoden dan menarik minat pelajar
+ Menjimatkan masa
+ Berhubung terus dengan ibubapa melalui sistem e-report card dan sms

KENAPA SCORE A PROGRAM PILIHAN TERBAIK?

  • Kertas soalan adalah meliputi silibus sukatan matapelajaran Malaysia
  • Telah terbukti dengan kejayaan 90% para pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR
  • Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bistari.
  • Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
  • Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
  • Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme!

Usah berlengah lagi...

Capai kecemerlangan akademik ANAK ANDA , pergorbanan anda InsyaAllah berbaloi, sudah ramai pelajar yang BERJAYA..

CALL @ SMS : AZMAN 012-6961908

Monday, August 24, 2009

MAKANAN BERKHASIAT DI BULAN RAMADHAN

Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud : Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda,"Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih". Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. Wallahu a

Sunday, August 23, 2009

CERAMAH OLEH DATUK PROF. IR. DR. HJ. AHMAD ZAIDEE LAIDIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa, majlis tersebut akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2009 (Isnin)

Tempat : Auditorium FKM, UMP Pekan

Tentatif program :

10.00 pagi - 12.00 tengahari : Ceramah bertajuk "Green Technology".

12.00 tengahari - 1.00 petang : Pertunjukan kereta elektrik FKEE.

Pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua warga UMP ke majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

BAZAR RAMADAN UMP KEMBALI LAGI.......

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Dimaklumkan bahawa Bazar Ramadan anjuran Kelab Keusahawanan dengan kerjasama Unit Keusahawanan & Inovasi JHEPA telah mula beroperasi pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadan 1430 bertempat di perkarangan Kolej Kediaman 1.Sebanyak 30 unit gerai beroperasi yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman terdiri daripada peniaga pelajar dan orang luar.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak penganjur amat mengalu -alukan kedatangan semua staf dan pelajar untuk sama- sama memeriahkan lagi Bazar Ramadan ini.Sekiranya ada sebarang cadangan atau komen berkaitan Bazar Ramadan ini bolehlah terus menghubungi kami di talian 09-5492543.
Sekian terima kasih.